Tuan punya blog ni ^_^

Foto saya
Nor Nabilah Sulaiman, 23. Twitter = @_nblhsulay Insta = nabilahsulaiman_

Sabtu, 6 Julai 2013

Nanti, Relakan lah Aku Pergi~~~

Semua orang akan diuji tuhan , semua orang akan merasai kehilangan  . Kesakitan kehilangan orang tersayang . Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari . Namun bila sampainya hari tuhan ambil dia semula. Kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung ganang. Sakit . 

Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu. 

Rasullullah saw juga di uji .Pernah kehilangan orang tersayang , dua orang dalam tempoh berdekatan . Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau.

Kalau rindu sangat , apa kita kena buat ? Paling penting kita kena sedar , yang dia pergi menghadap tuhan DIA, tuhan kita juga. yang kita juga akan temui nanti . Lepas tu, kita kena sibuk-sibukkan diri , pastinya dia tak mahu kita bersedih dan menyalahkan takdir kan ? Jadi kita kena kuat . Jangan terlalu bersedih, kasihanilah roh dia, kesihatan kita juga penting untuk orang lain yang sayang kita di atas muka bumi ni , tau .

Apa pula kita buat bila kehilangan orang tersayang ?

Pertama :

Paling utama ialah kita perlu ingat dan percaya bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan. Sama ada cepat atau lambat, kematian pasti datang. Bila? Di mana? Bagaimana cara atau apa sebabnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum (Maka sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti datang menemui mu).

"kullu nafsin zaaiqatul maut.." setiap jiwa akan merasai mati..

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imraan, ayat 185 yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”



Kedua:

Kita boleh menangis kerana kehilangan tetapi jangan sampai kita tidak merelakan pemergiannya. Tidak merelakan bererti kita melawan takdir Ilahi, nauzubillah.

Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya.” 

Ketiga:

Jangan fikirkan kesusahan yang bakal kita tempuhi di dalam hidup kerana kehilangannya sebaliknya fikirkan bagaimanakah caranya untuk kita meneruskan kehidupan setelah pemergiannya. Ingat! Allah dah janjikan rezeki yang tersendiri untuk setiap makhluknya yang hidup di muka bumi ini. Kita hanya perlu berusaha, ikhtiar dan tawakkal, insyaAllah ada rezeki yang datang kepada kita.

Keempat:

Tunaikan hasrat si mati. Jika kita mempunyai impian bersama untuk sesuatu, jangan jadikan kematian pasangan kita sebagai alasan untuk kita menguburkan impian tersebut. Sebaliknya kita perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menunaikan impian dan hasrat aruah. InsyaAllah, rohnya akan turut gembira bila impiannya ditunaikan oleh kita.

Kelima:

Jangan kecewakan roh si mati.
Yang penting, kehidupan selepas kematian itu ada, bermula di alam kubur seterusnya di akhirat setelah berlakunya kiamat. Tiada jaminan selamat daripada siksaan kubur melainkan si mati membawa bersamanya amal soleh.
“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu sekelian, niscaya kamu akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kamu sendiri”. (Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan).
---

Ahir sekali, cakap memang mudah, nak buat sangatlah payah. tapi tak gerak , tak buat, macamana semua benda nak jadi lebih baik kan ? Jadi pandanglah kedepan dengan 1001 perasaan yang penuh keredhaan .Yang pergi sudah pun pergi . Kita yang hidup ni, tak tahu bila pula nanti .

                                 Penyembuhan dan pemergian
                                 Tips ubati rasa kecewa dan tekanan

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dari Abdullah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Siapa yang mengucapkan takziah kepada orang yang ditimpa musibah, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mendapat musibah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

REDHA , REDHA, REDHA.
Semoga kuat , sahabat !

p/s:  Ujian ini adalah tanda ALLAH sayang kita, meningkatkan iman kita dan menghapuskan dosa -dosa kita . Insyaallah, kita boleh. Semoga kita semua kuat menghadapi hari hari muka :).


Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/09/menghadapi-pemergian-kehilangan-orang.html#ixzz2YG2HeOSR

Kematian Itu Pasti

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.." (Ali 'Imran [3]:185)

Katakanlah "sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu" (Al-Jumu'ah [62]:8

"Sesungguhnya hanya kepada Rabbumulah kembali(MU). " (Al-Alaq [96]:8

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula memajukannya." (Al-A'raf [5]:34)
"Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Rabbmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya." (Al-Insyiqa'q [84]:6)

"Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itu yang selalu kamu lari daripadanya." (Qaf [50]:19 )

"Lalu mereka tidak kuasa membuat suatu wasiat pun dan tidak (pula) dapat kembali kepada keluarganya," (Yassin [36]:50)

Sungguh kematian adalah perkara yang menakutkan di dunia dan di akhirat bagi orang-orang yang beriman. Kematian merupakan ketentuan yang sangat berharga untuk bertemu dengan-Nya.  

Ahad, 19 Mei 2013

Babysitter???




hurm, sejujurnya saya mmg suka akan budak2 nih sbb mereka comel. Tengok telatah mereka mesti rasa mcm nak adik but, saya lah adik! haha. TAPI!! Pada 18 haribulan 5 tahun 2013, saya telah dibuli oleh seorang budak perempuan yg berumur 3 tahun, seksa woi!!! Kena jadi babysitter dia pulak, dah la saya sibuk nak baca buku, maklum lah, nak exam la katakan... >_<  Mmg aku kena buli habis-habisan lah, kerusi saya nak belajar pun dia sibuk nak duduk, mmg ganggu betul lah ceritanya, Puncanya ilan dan nora takde kat rumah sbb pegi hari keluarga, so budak kecik tu pun dtg lah rumah saya, Ngade2 sungguh!. Tengah sibuk saya baca buku tu, bole pulak ajak main cikgu2, saya pun terpaksalah layan. Serius saya gelak pada diri sendiri sbb baik hati nak layan budak tuh, *muka bangga* Yang paling tak laratnya bila dia nak makan kuaci. Saya kena bukakan kuaci tu utk dia, dah la paksa suruh cepat. Serius rasa sakit hati, harhar. But dia telah buat aku rasa terharu apabila dia mengucapkan terima kasih! WOW, budak kecik ni pun pandai ckp terima kasih, kalau org yg dah besar tu tak pandai ckp terima kasih, entahlar~~~ Buat malu je lol :P
Budak ni susah nak tidur, sbb kalau dia tidur boleh lah saya sambung baca buku. Satu jam kemudian, dia ckp nak balik! haha happy gila! :P *terasa mcm baru bebas drpd penjara* harhar...

Pada hari itu, saya mengerti akan pengorbanan ibubapa kita yg menjaga kita dari kecil hingga skg ni hah! haha, begitu besarnya pengorbanan mereka, :) Dan serius saya tak nak ada adik, haha. Sbb nya saya dah biasa la sorang2 kat rumah, sbb abg ngn kakak kat U. so, bila ada org lain dlm rumah ni saya rasa pelik, ganjil dan tak selesa gitu, haha. TAPI KAN, hari ni rasa rindu pulak akan budak kecik tuh! haha, Cepatnya rasa rindu tu dtg yek? :P
kay lah, bye!